


BUKIT BINTANG
Pentas ini pada satu ketika dahulu merupakan tempat di mana pancaragam Askar Timbalan Setia Negeri menjalani latihan muzik pada setiap petang. Pentas ini juga merupakan lokasi bagi menjayakan upacara rasmi Kesultanan Johor Moden.


RUMAH JEPUN
Rumah Jepun ini merupakan hadiah daripada Maharaja Jepun semasa lawatan Sultan Abu Bakar ke Jepun pada tahun 1880-an. Ia dibina sepenuhnya di Jepun kemudian dipasang semula di laman Istana Besar Johor.
Sebelum Perang Dunia Kedua, Rumah Jepun ini digunakan sebagai lokasi pertemuan diplomatik antara Sultan Ibrahim dan Maquis Tokugawa.


TUGU BENDERA
Istiadat Meletak Kerja merupakan upacara pertama bagi menandakan permulaan rasmi bagi setiap majlis istiadat diraja di Johor seperti pemasyhuran, kemahkotaan atau sambutan ulang tahun keputeraan Sultan.


DEWAN CINA
Bangunan ini siap dibina pada 20 September 1875 dan pernah dijadikan tempat mesyuarat Dewan Negeri, pejabat kerajaan dan tempat perjumpaan Sultan Abu Bakar dengan Bangsa Johor, termasuklah perwakilan kepimpinan Sistem Kangcu.

