Rock Signage of Taman Botani Diraja Johor Istana Besar Johor home page
Logo Bukit Bintang di Taman Botani Diraja Johor
Gazebo di Bukit Bintang Taman Botani Diraja Johor

BUKIT BINTANG

Pentas ini pada satu ketika dahulu merupakan tempat di mana pancaragam Askar Timbalan Setia Negeri menjalani latihan muzik pada setiap petang. Pentas ini juga merupakan lokasi bagi menjayakan upacara rasmi Kesultanan Johor Moden.​

Logo Rumah Jepun di Taman Botani Diraja Johor
Rumah Jepun di Taman Botani Diraja Johor

RUMAH JEPUN

Rumah Jepun ini merupakan hadiah daripada Maharaja Jepun semasa lawatan Sultan Abu Bakar ke Jepun pada tahun 1880-an. Ia dibina sepenuhnya di Jepun kemudian dipasang semula di laman Istana Besar Johor.

Sebelum Perang Dunia Kedua, Rumah Jepun ini digunakan sebagai lokasi pertemuan diplomatik antara Sultan Ibrahim dan Maquis Tokugawa.

logo tugu bendera di Taman Botani Diraja Johor
Gambar Tugu Bendera di Taman Botani Diraja Johor

TUGU BENDERA

Istiadat Meletak Kerja merupakan upacara pertama bagi menandakan permulaan rasmi bagi setiap majlis istiadat diraja di Johor seperti pemasyhuran, kemahkotaan atau sambutan ulang tahun keputeraan Sultan.​

Logo Dewan Cina di Taman Botani Diraja Johor
Gambar Dewan Cina di Taman Botani Diraja Johor

DEWAN CINA

Bangunan ini siap dibina pada 20 September 1875 dan pernah dijadikan tempat mesyuarat Dewan Negeri, pejabat kerajaan dan tempat perjumpaan Sultan Abu Bakar dengan Bangsa Johor, termasuklah perwakilan kepimpinan Sistem Kangcu.​

Logo Istana Bukit Zaharah di Taman Botani Diraja Johor
Istana Bukit Zaharah di Taman Botani Diraja Johor

ISTANA BUKIT ZAHARAH

Bangunan ini dibina pada tahun 1858 yang terletak di dalam kawasan Istana Besar Johor. Istana Bukit Zaharah merupakan antara bangunan diraja terawal di Johor yang memperlihatkan pengaruh seni bina barat.​